Islam sangat menggalakkan aktiviti perniagaan. Banyak ayat dan hadis yang mengalakkan dan menyokong aktiviti perniagaan. Perniagaan juga dianggap sebagai punca rezeki yang paling banyak. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Dalam Islam perniagaan dianggap sebagai satu aktiviti yang sangat mulia. Ia merupakan ibadah dan juga sunnah rasul SAW. Bagi mereka yang melaksanakan aktiviti peniaga dengan amanah, mereka turut dijanjikan balasan syurga bersama para nabi, orang soleh dan syuhada’. Namun demikian, sekiranya ia dilakukan luar dari batasan syariat Islam maka ianya tidak lagi dianggap ibadat tetapi tetapi aktiviti yang boleh mendatangkan padah kebinasaan baik di dunia dan akhirat.
OBJEKTIF KAJIAN
1) Menjelaskan maksud dan hukum berkaitan jual beli barangan tiruan dalam islam.
2) Mengetahui bagaimana jual beli barangan tiruan dalam islam.
3) Menjelaskan lebih pendedahan berkaitan dengan jual beli barangan tiruan dalam islam.
PENERANGAN JUAL BELI BARANGAN TIRUAN DALAM ISLAM
DEFINISI JUAL BELI BARANGAN TIRUAN DALAM ISLAM
Barangan tiruan adalah barang yang telah diciplak, ditiru dan di copy tanpa izin pencipta dengan jenama yang sama dan pengguna tidak dapat membezakan yang mana original dan yang mana tiruan. “Janganlah seorang dari kamu menjual atas barang jualan orang lain”. Contohnya baju kemeja yang diklon dari jenama yang terkenal tanpa izin dari penciptanya, kemudian produk tersebut dicopkan dengan jenama yang terkenal dan menjual dengan harga yang mahal. Maka perkara ini merupakan penipuan yang nyata dan Islam sangat melarang umatnya menipu sepertimana Hadis Nabi yang bermaksud: “Barangsiapa menipu kami, maka bukanlah dari golongan kami”.
Masalah curi dan menipu ini sangat jelas dalam Islam dan ia merupakan perkara yang haram dan mungkar. Setiap perkara yang haram itu jelas dan tiada ragu-ragu dan setiap perkara yang halal itu juga jelas dan tiada ragu-ragu. Carilah rezeki yang halal dengan penat lelah diri sendiri, kerana rezeki yang halal ini walaupun sedikit tetapi ia memperolehi keberkatan dari Allah. Orang yang makan perkara yang halal dan baik, mudah untuk dirinya dan keluarganya untuk mematuhi segala perintah dan larangan Allah.
SUDUT PANDANG YANG PERLU KITA LIHAT DALAM ISLAM.
1. Sudut Penjual
Mereka yang menjual barang 'Copy Ori' dari sudut pandang Islam, Contohnya, jika dia menjual dan memberitahu barang yang dijual kategori 'Grade AAA' ataupun 'Copy Ori', dan 'Bukan Original' tetapi seakan sama sebiji macam 'Original', kesalahan menjual barangan ini tidak boleh dihukum secara mutlak sebagai 'Haram' kerana dia tidak 'Menipu' kepada pembeli. Dia tidak berbohong. Dia langsung tidak berdusta pada sesiapa yang barang itu memang 'Copy Ori'. Dia berada dalam kedudukan makruh kerana cuma dia jual barang tanpa izin pemiliknya.
2. Sudut Pembeli
Kita mengetahui barang tersebut 'Copy Ori', Tiruan, tetapi kita masih ingin membeli, terima dan masih menyokong produk tersebut. Kita sebenarnya sudah berada dalam keadaan 'Haram' untuk membeli. Namun sekiranya, kita tidak tahu langsung barang itu tiruan, palsu, 'Copy', kesalahan tersebut jatuh pada 'Penjual' dan dari sudut pandang Fiqh, penjual itu menipu saat berniaga dan hukumnya 'Haram', penjual itu yang berdosa.
PUNCA-PUNCA BARANGAN TIRUAN WUJUD DALAM KALANGAN MASYARAKAT
1) Harga yang
ditawarkan lebih murah berbanding harga asalnya dan rupa fizikal hampir sama dengan produk asal dan mempunyai
kualiti pada paras yang tinggi.
2) Ilmu
kepenggunaan yang rendah dalam kalangan masyarakat yang menganggap berjual beli
barangan tiruan bukan kesalahan besar.
3) Terlalu
taksub kepada jenama sesuatu produk kerana mempercayai bahawa penggunaan barangan berjenama dapat meningkatkan imej diri. Oleh itu, dengan beli barang tiruan tersebut dapat mengisi kepuasan diri.
KESAN JUAL
BELI BARANGAN TIRUAN
1) Aktiviti ini
akan merugikan pihak pengeluar yang sah akibat daripada perbuatan para pengusaha
yang telah menjual barangan tiruan untuk mengaut keuntungan.
2) Ekonomi
sesebuah negara akan terjejas ekoran daripada berlakunya jenayah pemalsuan barangan
ini. Hal ini adalah kerana masyarakat akan mengalihkan perhatian mereka untuk membeli barangan tiruan dan barangan original tidak akan dipandang. Tuntasnya,berlaku kerugian yang amat besar kepada
ekonomi sesebuah negara.
3) Aktiviti ini
akan mencemarkan nama baik negara kerana negara akan berada dibawah pantauan Pakatan Harta Intelek Antarabangsa
(IIPA) bagi membendung masalah barangan tiruan ini. Hal ini akan membawa kesan terhadap nama baik Malaysia di mata dunia.
CADANGAN MENGATASI JUAL BELI BARANGAN TIRUAN
1) Pengguna mestilah memainkan peranan penting dalam mengatasi jual beli barngan tiruan ini. Penekanan terhadap kesedaran mengenai hasil usaha dan titik peluh yang telah diusahakan oleh para pengeluar dan seterusnya telah diambil oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang hanya ingin mendapat banyak keuntungan berbanding para pengeluar.
2) Kita perlulah mempunyai kesedaran tentang pentingnya hak penggunaan di negara ini. Sebagai contoh, dapat dilihat daripada pembelian yang dibuat terutama di pasar malam dan premis terbuka perlulah dikawal supaya isu-isu seperti barangan tiruan dapat dibendung dengan mudah dan cepat.
3) Pemilik barangan perlulah menurunkan sedikit harga produk atau membuat promosi kepada masyarakat bagi menggalakkan pengguna untuk memboikot barangan tiruan. Pengguna lebih mengutamakan produk yang harganya lebih rendah dan juga produk yang bermutu tinggi.
CONTOH BARANGAN TIRUAN
KESIMPULAN
Secara kesuluruhannya, jual beli barangan tiruan ini memberi kesan yang ketara yang sangat burul terhadap ekonomi sesebuah negara kerana kajian mendapati ia melibatkan jumlah kerugian yang sangat besar kepada negara, syarikat dan juga masyarakat yang sering tertipu dengan produk palsu ini. Justeru, langkah-langkah yang telah dibincangkan di atas perlu diambil kira bagi mengelakkan jenayah menjual barangan tiruan ini semakin menjadi-jadi pada masa akan datang. Ia juga akan menyebabkan ekonomi ssebuah negara terjejas hanya kerana aktiviti ini. Masyarakat perlulah diingatkan agar berfikiran jauh sebelum membeli kerana lambakan barangan tiruan boleh memberi kesan kepada ekonomi negara. Pembeli juga harus menjadi pengguna yang bijak, jangan terlalu taksub dengan jenama dan bersikap " ukur baju di badan sendiri".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan